Wednesday, January 16, 2019

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kekili pancing. Things to consider before buying a spinning reel.



Bagi setiap pemancing baru atau lama, soalan yang selalu ditanya pada rakan-rakan pancing seperti "Bro, kekili jenama XXX, model XXX bagus ke?".  Soalan begini kadangkala susah dijawab dengan jawapan ya atau tidak sahaja. Tujuan post ini diharap boleh memberi sedikit sebanyak pandangan tentang ciri-ciri kekili pancing yang harus dipertimbangkan oleh setiap kaki pemancing sebelum membuat keputusan untuk membeli kekili pancing yang di idamkan.

Bagaimanakah kita boleh membuat perbandingan antara kekili jenama X dan Y? Setiap kekili mempunyai ciri-ciri (specs) yang boleh dibandingkan tapi sebelum itu kita kena la tentukan bajet dulu! Jangan bandingkan kekili yang bernilai rm 200 dgn rm 2000! Jauh bezanya!! Hahaha! Lepas pegang kekili yang mahal memang hati terikat la!

  • Lokasi memancing dan saiz kekili 
Secara am, jikalau kekili digunakan untuk memancing:

kolam air tawar - saiz yang sesuai adalah saiz 500 - 4000. 
empangan/tasik - saiz 1000-4000.
Laut - 4000 ke atas

  • Saiz Spool
Biasanya pemancing tempatan lebih suka saiz spool yang dalam bagi menampung tali yang lebih banyak. Kekili yang dipilih sekurang-kurangnya boleh memuatkan 100m ke atas ke dalam spool kekili. 

  • Jumlah bearing
Bearing memainkan peranan yang penting dalam pergerakan setiap kekili. Bearing diperlukan untuk menghasilkan buaian (spin) pada kekili. Bearing bertanggungjawab untuk pergerakan halus (smooth) kekili. Lebih banyak bearing, lebih halus pergerakan kekili semasa mengarau kekili.

  • Ketahanan dan Berat Badan
Keberatan dan ketahanan kekili bergantung pada bahan yang digunakan. Kebanyakan kekili di pasaran diperbuat daripada magnesium, karbon, aluminium, besi atau plastik. Jika hendak kekili yang tahan lebih lama, pilihan buatan dari bahan aluminium atau besi adalah yang paling tahan tetapi ia lebih berat.  


  • Nisbah Gear
Nisbah gear memainkan peranan betapi cepat and senang setiap karauan kekili. Contoh, apakah maksud jika kekili mempunyai nisbah 6.0:1? Ia bermaksud spool kekili akan memusing 6.0 kali bagi setiap pusingan pemegang kekili. Nisbah 6.0 ke bawah dikira nisbah yang perlahan tetapi ia adalah power gear.


  • Sistem Drag
Drag merujuk kepada jumlah rintangan/kekuatan kekili sebelum tangkapan anda berjaya menarik tali keluar.

Pemancing harus membuat setting yang optimum dan bukan pada maksimum. Drag maksimum akan menyebabkan tali putus atau mata kail menjadi lurus atau patah dan paling sakit hati joran patah!

Terdapat 2 sistem drag kekili spinning: Front drag dan Rear drag. Sesetengah jenama merujuk Rear drag sebagai model Live Liner. Adalah berbaloi memilih kekili yang berkualiti dengan sistem drag yang baik. Kualiti drag akan melancarkan tali pancing keluar apabila ikan membuat "larian" manakala sistem drag yang kurang berkualiti akan menyebabkan tali kekili keluar dalam "jerky motion" dan mungkin boleh meyebabkan tali mancing putus. 


Setiap kekili berjenama akan memaparkan spec model di kotak kekili. Informasi di kotak akan memberitahu lebih banyak maklumat tentang kekili itu. Jika masih ragu lagi, datanglah ke kedai pancing kami untuk melihat sendiri kekili yang digemari. Staf kedai kami sedia membantu. Jom!!

Alamat Kedai kami boleh didapati di https://young-fishing-tackle.business.site atau di Facebook https://www.facebook.com/youngfishing


Contoh informasi yang boleh didapati di kotak kekili




Things to consider before buying a spinning reel.

For new or old fishing kakis, questions like "Bro, brand XXX, model XXX good?". This question is sometimes difficult to answer with a simple yes or no answer. The purpose of this post is to provide some insight into the characteristics of the fishing rods that should be taken into account before making a decision to buy the desired fishing reel.

What are the thing that should be considered when comparing Brand X to Brand Y?Each reel has specs that can be compared but before that we have to determine our budget first! Do not compare reels worth rm200 to a rm 2000 reel! Definitely a more expensive reel will have better specs and "feel". Compare reels within a close price range would be a better comparison.

  • Fishing location and reel size

In general, if reels are used for fishing:

The freshwater pond - the ideal size is 500 - 4000.

dam / lake - size 1000-4000

Sea - size 4000 and above


  • Spool Size

Usually local anglers prefer deep spool size to accommodate more fishing line. The selected reel can at least hold up 100m in the reel spool.

  • Number of bearings

Bearing plays an important role in the movement of each reel. Bearing is required to produce a spin on the reel. Bearing is responsible for the smooth movement of the reel. The more bearings a reel has, the smoother the reel is during retrieval and movement of the reel.

  • Durability and Weight

The durability and weight of the reel depends on the material being used. Most reels on the market are made of steel, magnesium, carbon, aluminum, iron or plastic. For a more durable reel, go for reel that is made of steel or aluminium but it is more heavy in weight. It might not be suitable for casting.

  • Gear Ratios

Gear ratios will affect how fast and how easy to reel in a fish.For example what does it mean if a reel has a gear ratio of say 6.0:1? It means the spool will turn 6.0 times per handle turn. A ratio of 6.0:1 or less is consider slow but power gear.  

  • Drag system
Drag refers to the amount of resistance a reel can take before your catch will manage to pull your line off your reel.

Optimal drag setting should be use instead of adjusting your reel to max drag.  Max drag will cause your line to snap or hook break and worse break your rod due to excessive force. 

There are 2 main style drag system: front and rear drag. These drag systems is applicable to spinning reels only. Rear drag is sometimes refer to Live Liner model in some brands. It’s worth spending a little more to get a reel with a quality reel with a good drag system. A quality drag will let line out smoothly and quietly when the fish is making a run whereas a cheap drag system will let the line out in a “jerky” fashion and possibly allowing your fishing line to snap. 


Each branded reel will display the spec model in the reel box. Information in the box will provide more information about the reel. If you're still in doubt, come to our fishing shop to see your own favorite reel. Our store staff are available to help you choose a suitable one. Jom !!

Our Store address is available at https://young-fishing-tackle.business.site or on Facebook https://www.facebook.com/youngfishing