Wednesday, June 26, 2019

Kesilapan Pemancing Yang Perlu Prihatin






Memancing adalah aktiviti outdoor yang memang diminati ramai. Selain memancing, pemancing juga dapat menikmati suasana luar yang menenangkan and meluangkan masa bersama kawan-kawan. Ia adalah hasrat setiap pemancing untuk menaikkan jumlah ikan yang seberapa banyak yang boleh dalam setiap seisi. Tapi banyak kali trip mancing menjadi "kumpaw" (tiada rezeki). Berikut adalah beberapa kesilapan yang mungkin pemancing tidak sedar atau tahu kenapa tidak berjaya menaikkan ikan.


Menggunakan saiz mata kail yang tidak sesuai
Pemancing harus mempertimbangkan saiz mata kail dengan jenis spesies
ikan yang dipancing. Jika spesies ikan yang dipancing mempunyai mulut yang
kecil maka mata kail yang dipakai kecil.


Tidak menukar tali pancing
Sentiasa memeriksa tali pancing dan tukar tali baru. Tali baru juga membolehkan
casting yang lebih sempurna dan kurang kusut.


Tidak mencuba idea baru
Jika cara mancing kini tidak menjadi, patutlah kita mencuba idea yang baru.


Menggunakan mata kail yang tumpul
Memang ada masa kita tidak memeriksa mata kail yang kita pakai. Sampai
tempat mancing saja sudah tidak sabar untuk mancing.


Waktu yang tidak sesuai
Ikan akan mencari pelindungan pada waktu tengahari yang panas terik dan
akan berasa di air yang lebih dalam dan menyejukkan. Masa yang paling
baik untuk mancing ialah waktu pagi atau petang sebelum matahari terbit
atau benam.

Sekian.

Ikut kami di facebook, google, instagram!!